Kami menjual ayam siam, ayam laga, ayam sabung untuk pembakaan.. Pembaka dari benih Pama, Magon, Thai, Pakoi dan Panus..

Affiliate XM

Showing posts with label Artikel Ayam. Show all posts
Showing posts with label Artikel Ayam. Show all posts

Thursday, February 19, 2015

Penggunaan Ular Getah untuk menghalau monyet

Sumber - Internet

Pelbagai cara yang telah dicuba oleh Admin dari hasil pengalaman dan juga survey dari tips-tips di internet bagi mengatasi masalah monyet ni.. Antara yang telah dicuba oleh admin ialah dengan menyapukan belacan dipisang kerana apabila sang monyet makan dan terasa bau dia akan menggesel tangannya sehingga luka untuk menghilangkan bau tersebut.

Juga menggunakan kaedah mempamerkan patung harimau bagi tujuan menghalau monyet. Juga cara yang agak sedikit kejam dengan memerangkap monyet dan apabila tertangkapnya monyet makan di spray badannya supaya ia dipulaukan oleh kaumya yang lain.

Tetapi baru-baru ini admin terbaca tentang penggunaan Ular getah mainan dapat menghalau monyet iaitu dengan meletakkan ular getah tersebut di tempat yang biasa monyet singgah. Nescaya apabila monyet nampak ular tersebut dia akan lari lintang pukang hehe...



















Rasanya Admin nak cuba cara ni.. Mana tau berkesan, maka selamatlah pokok-pokok pisang yang admin tanam di belakang rumah tu..  :)

So kepada sahabat di luar sana.. SELAMAT MENCUBA YER !!!!!

Khasiat Kunyit Hidup

Sumber -- Internet

Petua orang lama-lama kita pasal manfaat dan khasiat kunyit untuk ternakan ayam memang sudah lama teruji dan dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai generasi penerus selanjutnya... Berbekalkan dari pengalaman nenek moyang kita,,, semua jenis ayam banyak menggunakan adunan dan ramuan kunyit sebagai penjagaan kesihatan ayam...


Mengubati penyakit hawar -  Kunyit hidup ditumbuk bersama beras dan diberi makan ayam... InsyaAllah berkesan...

Kalau kunyit yang dipotong dan pula boleh diberi makan samada cara paksa (disuap) untuk ayam yang kurang nafsu makan,,, sebagai antibiotik (vaksin),,, sebagai ubatcirit-birit atau sebagai ubat anti-kelesuan...

Untuk kegunaan dalaman ayam, bahagian umbi (rizom,,, ibu kunyit) yang berumur lebih dari satu tahun boleh digunakan sebagai ubat berkhasiat untuk:

1) menyejukkan badan ayam terutama apabila keadaan cuaca panas...
2) membersihkan sisa kotoran pada saluran pencernaan...
3) membantu merangsang melepaskan gas-gas yang lebih dalam usus (buang angin)...
4) dapat menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah...

Cara pemberiannya pun mudah,,, boleh ditumbuk halus dan ditampal secara langsung kepada ayam atau boleh juga ditambah dalam air minum atau diberi makan...

Merawat penyakit bengkak terutama ayam laga selepas bertarung dengan cara disapukan secara   langsung pada luka...

Menjadikan kulit ayam kuat dan tebal - boleh dibuat bedak dengan dicampurkan gambir dan kapur sirih kemudian disapu cecair kunyit ke seluruh badan ayam laga bagi meningkatkan ketebalan kulit,,, sehingga tahan gigitan serangga...

Mengubati mata bengkak,,, air kunyit (cecair kunyit) boleh dititiskan pada mata yang bengkak...

Mengubati ayam yang selsema boleh bagi basuh muka ayam... Cara dia hidung  ayam yang berair atau selsema dibersihkan dengan cecair kunyit yang di panaskan (bagi suam2 kuku le)...

Wednesday, December 31, 2014

Ciri-Ciri ayam fizikal ayam sabung yang baik -- Sumber Internet

Antara ciri-cirinya :
  1. Tulang wajah tidak kasar lebih baik
  2. Tulang sambungan kepala dan leher tidak menonjol
  3. Ruas tulang leher rapat
  4. Celah sambungan leher dan bahu rapat/sayap merapat ke badan 
  5. Tulang sayap bagian dalam makin tebal lebih baik 
  6. Tulang pinggul bulat atau tidak menonjol 
  7. Tulang dada labar dan tebal tapi tidak terlalu menonjol 
  8. Tulang supit/tulang dibawah pangkal ekor makin rapat makin baik 
  9. Jarak ujung tulang dada dengan tulang supit makin dekat semakin baik 
  10. Kepala seperti buah pinang 
  11. Patuk atau paruh berukuran sedang tetapi tebal 
  12. Badan panjang 
  13. Dada bidang/lebar 
  14. Sayap rapat dan panjang 
  15. Pangkal ekor berukuran sedang 
  16. Pangkal paha bulat dan pipih 
  17. Kaki bulat boleh juga persegi,sisik tersusun rapi dan kering 
  18. Jari kaki panjang dan halu

Sumber http://coretan-dy.blogspot.com/2011/12/ciri-fisik-ayam-bangkok-ideal.html

Monday, December 29, 2014

Tuah ayam nampak di kakinya

Ada yang mengatakan baka adalah penting untuk menentukan seekor ayam sabung yang baik, Tidak kurang pula pada gambaran luaran seperti bulu, bentuk badan dan warna bulu.

Tidak kurang juga masih ramai lagi yang mempercayai sisik mempunyai faktor yang kuat dalam menentukan seekor ayam sabung itu baik atau tidak.. Sama-sama kita lihat gambar jenis sisik untuk info kita bersama.
Sumber gambar adalah dari Internet..










































































Sunday, October 5, 2014

Khasiat tumbuhan ARA TANAH


Baru-baru ni teman singgahlah rumah otai ayam sabung.. Sajer sembang-sembang pasal ayam laga sambil duk makan dan minum teh.. Sembang punya sembang keluarlah perkataan pokok ara tanah yang dikatakan beliau sangat berkhasiat untuk kesihatan ayam..


Sumber gambar - internet

Getah pokok ini ikatakan mampu untuk mengubat sakit mata anak ayam dengan cara menitiskan getah ke mata anak ayam. Juga daunnya berkhasiat untuk mengubati anak ayam yang batuk dengan memberi makan anak ayam yang batuk. 

Ni duk tengah mencari-cari juga pokok ni di sekitar rumah kalau ada.. Apa-apa pun tiada salahnya kita mencuba..
SELAMAT MENCUBA YER.....


Wednesday, September 17, 2014

Khasiat pinang muda -mengubat kecacingan ayam siam (Sumber Internet)

Pernahkah anda dengar ayam yang diserang cacing. Selalunya ayam yang diserang cacing kurus walaupun ada selera makan. Juga muka ayam cekung dan pucat.











Gambar Hiasan.. (Sumber internet)








Terdapat pelbagai ubat untuk kecacingan ayam di pasaran. Ada juga yang menggunakan ubat cacing zentel untuk mengubati ayam yang diserang cacing.

Salah satu rawatan tradisional klasik ialah dengan menggunakan buah pinang muda. Buah pinang mestilah harus segar iaitu baru dipetik untuk menambahkan kemujarabannya. Buah pinang yang dipetik di potong halus.

Biarkan tembolok ayam kosong dan hanya diberi roti. Buah pinang yang di potong halus di campur sedikit minyak dan di masukkan ke dalam ayam dalam quantiti yang kecil kerana kalau berlebihan akan mengakibatkan ayam menjadi mabuk. Penggunaan minyak adalah supaya pinang muda yang mengandungi getah tidak melekat di kerongkong.

InsyaAllah selepas itu banyaklah cacing akan keluar dari dubur ayam dan ayam akan mempunyai selera makan dan sihat serta gemuk.


SELAMAT MENCUBA YER..

Tuesday, September 9, 2014

Penjagaan anak ayam siam dengan menggunakan kaedah lampu

                 
Pada kebiasaannya selepas anak ayam siam menetas,
anak tersebut akan dibiarkan dibawa oleh ibu sehingga beberapa bulan. Admin ayam siam klang
pula mempraktikkan kaedah penggunaan lampu.

Teknik ini dapat mengurangkan peratusan kematian anak ayam. Lampu 5v boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlu diperhatikan respon anak ayam jika ia sering menguncupkan kepak bermakna ia kesejukan dan sebaliknya jika ia kerap mengembangkan kepaknya bermakna suasana terlalu panas. Boleh diubah lampu dengan volt yang berlainan jika kurang  sesuai.



Penggunaan lampu diwaktu malam pula dapat mengelakkan anak-anak ayam dari digigit nyamuk. Gigitan nyamuk yang berlebihan akan mengakibatkan mata anak ayam bengkak dan seterusnya mengganggu kesihatan anak ayam dan seterusnya kurang selera makan dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak diubati.

Boleh dilihat perbandingan ayam yang sakit akibat digigit nyamuk (gambar ) dan juga anak ayam yang sihat (gambar kanan). Anak ayam yang sering sakit akan menyebabkan tumbesaran terganggu berbanding anak ayam yang sihat.





Juga pastikan anak ayam diberikan ubat antibiotik untuk mencegah dari penyakit coryza, cholera dan lain-lain penyakit.

Terdapat pelbagai ubat anak ayam di pasaran yang juga dikenali sebagai ubat merah,

Kandang ayam dan air hendaklah di pastikan bersih selalu untuk memastikan anak-anak ayam kurang mendapat penyakit,

Semoga tips yang admin amalkan ini boleh memberi sedikit informasi kepada sahabat-sahabat breeder..  :)




Monday, September 1, 2014

Tips mengurangkan baru di reban ayam siam

Bau busuk di reban adalah masalah yang biasa di dengar.. Pada kali ini Admin ingin berkongsi tips yang admin terima pagi tadi, Secara kebetulan bapa admin mengajak ke tempat transit lembu sahabatnya.

Setiba di sana, admin diperkenalkan dengan lembu-lembu brahma yang dibawa masuk dari Australia. Ada diantara seberat hampir 1 tan dan dijual pada harga 14 ribu.. Besar punya lembu.














Sumber gambar dari internet.



Yang menghairankan kawasan peliharaan lembu kurang berbau. Jadi saya bertanyakan tips bagaimana bau najis lembu tersebut kurang berbau.  Belian memberikan tips yang kawasan bawah tempat tinggal lembu tersebut adalah dari habuk kayu yang dicampur dengan kapur.

Ini adalah satu ilmu baru untuk admin hari ini. Mungkin admin akan cuba untuk mempraktikkan di reban sendiri.. Manalah tau hasilnya memberangsangkan.. :)
Bagi sahabat-sahabat breeder boleh mencuba tips ini jika mahu..

"Selamat mencuba.. "

Ubat batuk untuk ayam siam



Sejak akhir ni cuaca tidak menentu.
Kadang-kadang panas terik dan tiba-tiba hujan pula.
Anak ayam siam adalah beberapa ekor yang batuk selsema.
Admin pula kehabisan ubat. Sajer untuk mencuba ubat HURIX
sirap ubat batuk untuk diberi pada anak ayam yang selsema.
Pagi ni tengok macam dah ok lak anak ayam yang selsema tu..
Kepada rakan-rakan yang ada ayam selsema dan tiada stok
ubat-ubatan bolehlah mencuba ..

Friday, August 29, 2014

Ayam Hujung VS Batang Kaki - Sumber Internet

Pada ketika ini terdapat pelbagai jenis baka dari pelbagai kacukan darah. Antara yang kita sering dengar ialah Pama, Saigon, dan Thai. Juga terdapat benih-benih kacukan beberapa darah seperti magon, magon thai, pakoi, trad dan yang terbaru pula panus.

Ramai juga yang bertanya apa itu ayam batang kaki? Boleh di katakan ayam batang kaki adalah ayam yang bertarung menggunakan kaki dan ayam hujung adalah ayam yang bertarung menggunakan susuh.

Ayam batang kaki sering bertarung dengan dibalut tajinya manakala ayam hujung pula dengan taji ori atau dipasang susuh tanduk atau pun besi.






Dari segi bulu pula ayam batang kaki mempunyai bulu yang tidak kemas dan pudar.











Manakala ayam hujung pula mempunyai bulu yang kemas, menarik dan berkilat.



Sumber gambar dari internet.


Pada ketika ini agak sukar membezakan secara terpeinci batang kaki dan hujung dengan kewujuda kacukan pelbagai darah seperti pakoi. Kelihatan seolah-olah seperti ayam hujung dengan wana bulu ayam hujung dengan permainan ketip body.

Apa yang penting di dalam memilih ayam sabung, pastikan salasilah keturunannya ketika membeli atau memilih ayam sabung.

Thursday, August 28, 2014

Sejarah Ayam siam GANOI - dipetik dari www.ganoi.com

Asal Noi ga tidak diketahui. Sejarahnya tidak dapat dikesan kerana kekurangan dokumentasi. 30 tahun perang saudara berakhir pada tahun 1975 yang membunuh berjuta-juta dan hancur seluruh negara turut menyumbang kepada kekurangan maklumat.

Sabung ayam di Viet Nam adalah tradisi lama dating kembali sekurang-kurangnya 700 tahun. Ga Noi dipercayai berasal dari Viet Nam kerana tidak ada bukti yang boleh dipercayai originasi dari tempat lain.
Ga Noi telah dieksport ke negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, dan Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Cockers Vietnam yang tinggal di Amerika Syarikat juga telah membawa Noi ga ke Amerika. Burung-burung yang mempunyai persamaan fizikal untuk ga noi juga boleh didapati di Pulau Reunion.

Bagi orang-orang yang berminat untuk mengkaji asal-usul ga noi, satu kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan Jepun di asal-usul semua ayam di dunia boleh didapati di www.accessexcellence.org. Penemuan baru oleh penyelidik Jepun mencadangkan bahawa penanaman berlaku lebih 8,000 tahun lalu di tempat yang sekarang Thailand dan Vietnam, rantau ini di mana ayam hutan merah didapati pada hari ini.

Definisi


Menurut "đai Nam Quoc pagi tu VI" sebuah buku penyelidikan linguistik dalam bahasa Vietnam, yang diterbitkan oleh seorang sarjana bernama Huynh Tinh Cua (Jilid II, pada tahun 1896 - halaman 155), perkataan "Noi" ertinya:

Noi = keturunan, baka. (Bertulis Vietnam menggunakan tanda diakritik)
Ga Noi = Satu jenis khas orang ayam baka untuk tujuan berperang.
Tikus Noi (sepenuhnya Noi) = A baka tulen, tidak ada kacukan dengan jenis yang tidak diketahui

Vuong Hong Sen, seorang pengarang yang dihormati bercerita tentang sabung ayam pada tahun 1915 dalam bukunya "Phong Luu Cu Moi", yang diterbitkan pada tahun 1961, memberikan satu lagi takrif "Noi" sebagai:
Race
Garis nenek moyang
Satu keturunan membezakan
A kesucian direkodkan baka seseorang individu atau ketegangan
Dictionnaire Francais-ANNAMITE disediakan dan disunting oleh Gnibrel, JFM diterbitkan pada tahun 1898 juga memberikan definisi yang sama seperti di atas.

NOI ga merujuk kepada dua baka berasingan berjuang ayam. Mereka blueoftheday GA (pendek untuk ga Noi blueoftheday) dan Cua GA (pendek untuk ga Noi Cua).
Eka = memukul, sebat, sebat, membelasah.