Kami menjual ayam siam, ayam laga, ayam sabung untuk pembakaan.. Pembaka dari benih Pama, Magon, Thai, Pakoi dan Panus..

Affiliate XM

Thursday, September 18, 2014

Ayam Siam Kokok Baik Punya.. Dah Macam Engine F1...



Amacam berani mau fight.  

Wednesday, September 17, 2014

Khasiat pinang muda -mengubat kecacingan ayam siam (Sumber Internet)

Pernahkah anda dengar ayam yang diserang cacing. Selalunya ayam yang diserang cacing kurus walaupun ada selera makan. Juga muka ayam cekung dan pucat.











Gambar Hiasan.. (Sumber internet)








Terdapat pelbagai ubat untuk kecacingan ayam di pasaran. Ada juga yang menggunakan ubat cacing zentel untuk mengubati ayam yang diserang cacing.

Salah satu rawatan tradisional klasik ialah dengan menggunakan buah pinang muda. Buah pinang mestilah harus segar iaitu baru dipetik untuk menambahkan kemujarabannya. Buah pinang yang dipetik di potong halus.

Biarkan tembolok ayam kosong dan hanya diberi roti. Buah pinang yang di potong halus di campur sedikit minyak dan di masukkan ke dalam ayam dalam quantiti yang kecil kerana kalau berlebihan akan mengakibatkan ayam menjadi mabuk. Penggunaan minyak adalah supaya pinang muda yang mengandungi getah tidak melekat di kerongkong.

InsyaAllah selepas itu banyaklah cacing akan keluar dari dubur ayam dan ayam akan mempunyai selera makan dan sihat serta gemuk.


SELAMAT MENCUBA YER..

Sunday, September 14, 2014

Gambar terbaru My ayam siam "Brazilian bloodline"




Gambar terbaru My Brazil bloodline.
Berat semasa hampir 3.8 kg.
Akan menjadi pembaka sekitar 3 bulan lagi..

Koleksi gambar ayam siam



3 sekawan. Anak kepada pembaka kelabu 3X.
Harap membesar dengan sihat

Saturday, September 13, 2014

Thursday, September 11, 2014

Selamat Jalan Pahlawan ke Ganu..


Selamat jalan pahlawan-pahlawanku..
Ayam dari baka Magon-ganu, Thai dan pama.
Akan diterbangkan ke training camp di Trengganu.
Semoda dapat mencipta rekod di kejohanan..




Tuesday, September 9, 2014

Penjagaan anak ayam siam dengan menggunakan kaedah lampu

                 
Pada kebiasaannya selepas anak ayam siam menetas,
anak tersebut akan dibiarkan dibawa oleh ibu sehingga beberapa bulan. Admin ayam siam klang
pula mempraktikkan kaedah penggunaan lampu.

Teknik ini dapat mengurangkan peratusan kematian anak ayam. Lampu 5v boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlu diperhatikan respon anak ayam jika ia sering menguncupkan kepak bermakna ia kesejukan dan sebaliknya jika ia kerap mengembangkan kepaknya bermakna suasana terlalu panas. Boleh diubah lampu dengan volt yang berlainan jika kurang  sesuai.



Penggunaan lampu diwaktu malam pula dapat mengelakkan anak-anak ayam dari digigit nyamuk. Gigitan nyamuk yang berlebihan akan mengakibatkan mata anak ayam bengkak dan seterusnya mengganggu kesihatan anak ayam dan seterusnya kurang selera makan dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak diubati.

Boleh dilihat perbandingan ayam yang sakit akibat digigit nyamuk (gambar ) dan juga anak ayam yang sihat (gambar kanan). Anak ayam yang sering sakit akan menyebabkan tumbesaran terganggu berbanding anak ayam yang sihat.





Juga pastikan anak ayam diberikan ubat antibiotik untuk mencegah dari penyakit coryza, cholera dan lain-lain penyakit.

Terdapat pelbagai ubat anak ayam di pasaran yang juga dikenali sebagai ubat merah,

Kandang ayam dan air hendaklah di pastikan bersih selalu untuk memastikan anak-anak ayam kurang mendapat penyakit,

Semoga tips yang admin amalkan ini boleh memberi sedikit informasi kepada sahabat-sahabat breeder..  :)




Monday, September 1, 2014

Game Ayam sabung


Haha mana-mana fighter yang jatuh bulu dan takleh main lagi,
apa kata kita download java game ni. Boleh pilih jenis handphone 
yang compatible dan terus pilih ayam mana yang nak bawak berlaga.
Juga terdapat dalam beberapa mod serangan.. 

Sila klik link untuk Download..

Tips mengurangkan baru di reban ayam siam

Bau busuk di reban adalah masalah yang biasa di dengar.. Pada kali ini Admin ingin berkongsi tips yang admin terima pagi tadi, Secara kebetulan bapa admin mengajak ke tempat transit lembu sahabatnya.

Setiba di sana, admin diperkenalkan dengan lembu-lembu brahma yang dibawa masuk dari Australia. Ada diantara seberat hampir 1 tan dan dijual pada harga 14 ribu.. Besar punya lembu.














Sumber gambar dari internet.



Yang menghairankan kawasan peliharaan lembu kurang berbau. Jadi saya bertanyakan tips bagaimana bau najis lembu tersebut kurang berbau.  Belian memberikan tips yang kawasan bawah tempat tinggal lembu tersebut adalah dari habuk kayu yang dicampur dengan kapur.

Ini adalah satu ilmu baru untuk admin hari ini. Mungkin admin akan cuba untuk mempraktikkan di reban sendiri.. Manalah tau hasilnya memberangsangkan.. :)
Bagi sahabat-sahabat breeder boleh mencuba tips ini jika mahu..

"Selamat mencuba.. "

Ubat batuk untuk ayam siam



Sejak akhir ni cuaca tidak menentu.
Kadang-kadang panas terik dan tiba-tiba hujan pula.
Anak ayam siam adalah beberapa ekor yang batuk selsema.
Admin pula kehabisan ubat. Sajer untuk mencuba ubat HURIX
sirap ubat batuk untuk diberi pada anak ayam yang selsema.
Pagi ni tengok macam dah ok lak anak ayam yang selsema tu..
Kepada rakan-rakan yang ada ayam selsema dan tiada stok
ubat-ubatan bolehlah mencuba ..