Kami menjual ayam siam, ayam laga, ayam sabung untuk pembakaan.. Pembaka dari benih Pama, Magon, Thai, Pakoi dan Panus..

Affiliate XM

Wednesday, December 31, 2014

Ciri-Ciri ayam fizikal ayam sabung yang baik -- Sumber Internet

Antara ciri-cirinya :
  1. Tulang wajah tidak kasar lebih baik
  2. Tulang sambungan kepala dan leher tidak menonjol
  3. Ruas tulang leher rapat
  4. Celah sambungan leher dan bahu rapat/sayap merapat ke badan 
  5. Tulang sayap bagian dalam makin tebal lebih baik 
  6. Tulang pinggul bulat atau tidak menonjol 
  7. Tulang dada labar dan tebal tapi tidak terlalu menonjol 
  8. Tulang supit/tulang dibawah pangkal ekor makin rapat makin baik 
  9. Jarak ujung tulang dada dengan tulang supit makin dekat semakin baik 
  10. Kepala seperti buah pinang 
  11. Patuk atau paruh berukuran sedang tetapi tebal 
  12. Badan panjang 
  13. Dada bidang/lebar 
  14. Sayap rapat dan panjang 
  15. Pangkal ekor berukuran sedang 
  16. Pangkal paha bulat dan pipih 
  17. Kaki bulat boleh juga persegi,sisik tersusun rapi dan kering 
  18. Jari kaki panjang dan halu

Sumber http://coretan-dy.blogspot.com/2011/12/ciri-fisik-ayam-bangkok-ideal.html

Monday, December 29, 2014

Tuah ayam nampak di kakinya

Ada yang mengatakan baka adalah penting untuk menentukan seekor ayam sabung yang baik, Tidak kurang pula pada gambaran luaran seperti bulu, bentuk badan dan warna bulu.

Tidak kurang juga masih ramai lagi yang mempercayai sisik mempunyai faktor yang kuat dalam menentukan seekor ayam sabung itu baik atau tidak.. Sama-sama kita lihat gambar jenis sisik untuk info kita bersama.
Sumber gambar adalah dari Internet..










































































Monday, December 15, 2014

Fighter dalam pembikinan ... :)



Fighter dalam pembikinan
dalam proses menaikkan berat badan sebelum 
dibasuh dan di test power.
Berdarah Pama + Ganu + Thai.

Induk kesayangan di reban.. Bawat Series



Lama dah admin tak post gambar-gambar ayam..
Inilah rupa induk kesayangan di reban "The Bawat"
Banyak melahirkan anak-anak sabung yang berkualiti
dengan buah patah dan pukulan serong..
Harap panjang umur lah... :)

Thursday, November 13, 2014

PANUS dalam pembikinan..


Alhamdulillah.. telur dari hasil pembaka PANUS.
Ada rezeki dalam masa terdekat dapatlah pewaris Si PANUS

Sunday, November 2, 2014

Bakal Ratu di reban ayam siam klang..



Dari benih Brazil Laos.
Umur sekitar 4 bulan.
Bakal menjadi ratu di reban.

Monday, October 20, 2014

Panus Pakoi.. Kasi mandi dulu..



Kasi mandi dan jemur dulu pembaka ni..
Berat pun dah bertambah.
Harap2 dapat melahirkan anak-anak yg berkualiti

Sunday, October 12, 2014

Alhamdulillah.. Induk dah sampai ke Muar



Alhamdulillah.. Induk-induk yang di pesan telah
selamat sampai ke Muar..
Terima Kasih Bro Nazri.. 
Kita keep in touch next time.. ;)

Wednesday, October 8, 2014

Ayam Siam Pakoi Panus _ Pembaka Terbaru



Akhirnya sampai jua pembaka terbaru Ayam Siam Klang.
Didatangkan khas dari Thailand baka berdarah Pakoi Panus dengan rekod kejohanan 3X.
Pemainan tembak, kaki rajin, kepala liar dengan pukulan ke kepala dan body. 
Masuk rapat terus ketip dan tembak.

Monday, October 6, 2014

Angsa Untuk Dijual



Sepasang angsa Untuk Dijual
Harga rm280 sahaja.
Berminat boleh call / sms  Nua  012-3212400

Sunday, October 5, 2014

Khasiat tumbuhan ARA TANAH


Baru-baru ni teman singgahlah rumah otai ayam sabung.. Sajer sembang-sembang pasal ayam laga sambil duk makan dan minum teh.. Sembang punya sembang keluarlah perkataan pokok ara tanah yang dikatakan beliau sangat berkhasiat untuk kesihatan ayam..


Sumber gambar - internet

Getah pokok ini ikatakan mampu untuk mengubat sakit mata anak ayam dengan cara menitiskan getah ke mata anak ayam. Juga daunnya berkhasiat untuk mengubati anak ayam yang batuk dengan memberi makan anak ayam yang batuk. 

Ni duk tengah mencari-cari juga pokok ni di sekitar rumah kalau ada.. Apa-apa pun tiada salahnya kita mencuba..
SELAMAT MENCUBA YER.....


Kelambu anak



Kelambu anak.
Mengelakkan anak ayam dari gigitan nyamuk 
dan kesejukan.
Harga rm25.00  (tidak termasuk pos)
Berminat call / sms  Nua 012-3212400

Kelambu Sepak Untuk Dijual



Kelambu sepak untuk training ayam.
Harga rm150  (self collect) 
Penghantaran melalaui pos boleh diuruskan
Berminat call / sms Nua  012-3212400

Saturday, October 4, 2014

Ayam Siam Magon - Pembaka Terbaru Sudah Sampai..



Pembaka terbaru di reban.
Berbekalkan IC Siam dengan pukulan boom.
Dari benih pama + saigon.

Wednesday, September 17, 2014

Khasiat pinang muda -mengubat kecacingan ayam siam (Sumber Internet)

Pernahkah anda dengar ayam yang diserang cacing. Selalunya ayam yang diserang cacing kurus walaupun ada selera makan. Juga muka ayam cekung dan pucat.











Gambar Hiasan.. (Sumber internet)








Terdapat pelbagai ubat untuk kecacingan ayam di pasaran. Ada juga yang menggunakan ubat cacing zentel untuk mengubati ayam yang diserang cacing.

Salah satu rawatan tradisional klasik ialah dengan menggunakan buah pinang muda. Buah pinang mestilah harus segar iaitu baru dipetik untuk menambahkan kemujarabannya. Buah pinang yang dipetik di potong halus.

Biarkan tembolok ayam kosong dan hanya diberi roti. Buah pinang yang di potong halus di campur sedikit minyak dan di masukkan ke dalam ayam dalam quantiti yang kecil kerana kalau berlebihan akan mengakibatkan ayam menjadi mabuk. Penggunaan minyak adalah supaya pinang muda yang mengandungi getah tidak melekat di kerongkong.

InsyaAllah selepas itu banyaklah cacing akan keluar dari dubur ayam dan ayam akan mempunyai selera makan dan sihat serta gemuk.


SELAMAT MENCUBA YER..

Sunday, September 14, 2014

Gambar terbaru My ayam siam "Brazilian bloodline"




Gambar terbaru My Brazil bloodline.
Berat semasa hampir 3.8 kg.
Akan menjadi pembaka sekitar 3 bulan lagi..

Koleksi gambar ayam siam



3 sekawan. Anak kepada pembaka kelabu 3X.
Harap membesar dengan sihat

Saturday, September 13, 2014

Thursday, September 11, 2014

Selamat Jalan Pahlawan ke Ganu..


Selamat jalan pahlawan-pahlawanku..
Ayam dari baka Magon-ganu, Thai dan pama.
Akan diterbangkan ke training camp di Trengganu.
Semoda dapat mencipta rekod di kejohanan..




Tuesday, September 9, 2014

Penjagaan anak ayam siam dengan menggunakan kaedah lampu

                 
Pada kebiasaannya selepas anak ayam siam menetas,
anak tersebut akan dibiarkan dibawa oleh ibu sehingga beberapa bulan. Admin ayam siam klang
pula mempraktikkan kaedah penggunaan lampu.

Teknik ini dapat mengurangkan peratusan kematian anak ayam. Lampu 5v boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlu diperhatikan respon anak ayam jika ia sering menguncupkan kepak bermakna ia kesejukan dan sebaliknya jika ia kerap mengembangkan kepaknya bermakna suasana terlalu panas. Boleh diubah lampu dengan volt yang berlainan jika kurang  sesuai.



Penggunaan lampu diwaktu malam pula dapat mengelakkan anak-anak ayam dari digigit nyamuk. Gigitan nyamuk yang berlebihan akan mengakibatkan mata anak ayam bengkak dan seterusnya mengganggu kesihatan anak ayam dan seterusnya kurang selera makan dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak diubati.

Boleh dilihat perbandingan ayam yang sakit akibat digigit nyamuk (gambar ) dan juga anak ayam yang sihat (gambar kanan). Anak ayam yang sering sakit akan menyebabkan tumbesaran terganggu berbanding anak ayam yang sihat.





Juga pastikan anak ayam diberikan ubat antibiotik untuk mencegah dari penyakit coryza, cholera dan lain-lain penyakit.

Terdapat pelbagai ubat anak ayam di pasaran yang juga dikenali sebagai ubat merah,

Kandang ayam dan air hendaklah di pastikan bersih selalu untuk memastikan anak-anak ayam kurang mendapat penyakit,

Semoga tips yang admin amalkan ini boleh memberi sedikit informasi kepada sahabat-sahabat breeder..  :)




Monday, September 1, 2014

Game Ayam sabung


Haha mana-mana fighter yang jatuh bulu dan takleh main lagi,
apa kata kita download java game ni. Boleh pilih jenis handphone 
yang compatible dan terus pilih ayam mana yang nak bawak berlaga.
Juga terdapat dalam beberapa mod serangan.. 

Sila klik link untuk Download..

Tips mengurangkan baru di reban ayam siam

Bau busuk di reban adalah masalah yang biasa di dengar.. Pada kali ini Admin ingin berkongsi tips yang admin terima pagi tadi, Secara kebetulan bapa admin mengajak ke tempat transit lembu sahabatnya.

Setiba di sana, admin diperkenalkan dengan lembu-lembu brahma yang dibawa masuk dari Australia. Ada diantara seberat hampir 1 tan dan dijual pada harga 14 ribu.. Besar punya lembu.














Sumber gambar dari internet.



Yang menghairankan kawasan peliharaan lembu kurang berbau. Jadi saya bertanyakan tips bagaimana bau najis lembu tersebut kurang berbau.  Belian memberikan tips yang kawasan bawah tempat tinggal lembu tersebut adalah dari habuk kayu yang dicampur dengan kapur.

Ini adalah satu ilmu baru untuk admin hari ini. Mungkin admin akan cuba untuk mempraktikkan di reban sendiri.. Manalah tau hasilnya memberangsangkan.. :)
Bagi sahabat-sahabat breeder boleh mencuba tips ini jika mahu..

"Selamat mencuba.. "

Ubat batuk untuk ayam siam



Sejak akhir ni cuaca tidak menentu.
Kadang-kadang panas terik dan tiba-tiba hujan pula.
Anak ayam siam adalah beberapa ekor yang batuk selsema.
Admin pula kehabisan ubat. Sajer untuk mencuba ubat HURIX
sirap ubat batuk untuk diberi pada anak ayam yang selsema.
Pagi ni tengok macam dah ok lak anak ayam yang selsema tu..
Kepada rakan-rakan yang ada ayam selsema dan tiada stok
ubat-ubatan bolehlah mencuba ..

Saturday, August 30, 2014

Aktiviti Hujung Minggu.



Biasalah hujung minggu ni admin Ayam Siam Klang seperti biasalah membersikan reban.

Reban hendaklah sentiasa bersih kerana wap tahi ayam boleh menyebabkan jangkitan pada mata ayam sehingga menjadi bengkak.

Tapi kali ni adalah rezeki induk bertelur  3 biji. Biasanya telur induk muda ni tidak dieramkan. Ia dibersihkan dan di jual kepada pembuat jamu.

Adalah rezeki sedikit 0.70 sen sebiji, Seperti biasa air minuman hendaklah dibersihkan selalu dan di letakkan ubat pencegah penyakit. Jikalau tidak ayam akan mudah terkena selsema dan batuk.



Sambil membersihkan reban, admin ambillah gambar pembaka no 1 di reban ni. Dari keturunan darah pama + saigon.


Friday, August 29, 2014

Ayam Hujung VS Batang Kaki - Sumber Internet

Pada ketika ini terdapat pelbagai jenis baka dari pelbagai kacukan darah. Antara yang kita sering dengar ialah Pama, Saigon, dan Thai. Juga terdapat benih-benih kacukan beberapa darah seperti magon, magon thai, pakoi, trad dan yang terbaru pula panus.

Ramai juga yang bertanya apa itu ayam batang kaki? Boleh di katakan ayam batang kaki adalah ayam yang bertarung menggunakan kaki dan ayam hujung adalah ayam yang bertarung menggunakan susuh.

Ayam batang kaki sering bertarung dengan dibalut tajinya manakala ayam hujung pula dengan taji ori atau dipasang susuh tanduk atau pun besi.






Dari segi bulu pula ayam batang kaki mempunyai bulu yang tidak kemas dan pudar.











Manakala ayam hujung pula mempunyai bulu yang kemas, menarik dan berkilat.



Sumber gambar dari internet.


Pada ketika ini agak sukar membezakan secara terpeinci batang kaki dan hujung dengan kewujuda kacukan pelbagai darah seperti pakoi. Kelihatan seolah-olah seperti ayam hujung dengan wana bulu ayam hujung dengan permainan ketip body.

Apa yang penting di dalam memilih ayam sabung, pastikan salasilah keturunannya ketika membeli atau memilih ayam sabung.

Thursday, August 28, 2014

Sejarah Ayam siam GANOI - dipetik dari www.ganoi.com

Asal Noi ga tidak diketahui. Sejarahnya tidak dapat dikesan kerana kekurangan dokumentasi. 30 tahun perang saudara berakhir pada tahun 1975 yang membunuh berjuta-juta dan hancur seluruh negara turut menyumbang kepada kekurangan maklumat.

Sabung ayam di Viet Nam adalah tradisi lama dating kembali sekurang-kurangnya 700 tahun. Ga Noi dipercayai berasal dari Viet Nam kerana tidak ada bukti yang boleh dipercayai originasi dari tempat lain.
Ga Noi telah dieksport ke negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, dan Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Cockers Vietnam yang tinggal di Amerika Syarikat juga telah membawa Noi ga ke Amerika. Burung-burung yang mempunyai persamaan fizikal untuk ga noi juga boleh didapati di Pulau Reunion.

Bagi orang-orang yang berminat untuk mengkaji asal-usul ga noi, satu kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan Jepun di asal-usul semua ayam di dunia boleh didapati di www.accessexcellence.org. Penemuan baru oleh penyelidik Jepun mencadangkan bahawa penanaman berlaku lebih 8,000 tahun lalu di tempat yang sekarang Thailand dan Vietnam, rantau ini di mana ayam hutan merah didapati pada hari ini.

Definisi


Menurut "đai Nam Quoc pagi tu VI" sebuah buku penyelidikan linguistik dalam bahasa Vietnam, yang diterbitkan oleh seorang sarjana bernama Huynh Tinh Cua (Jilid II, pada tahun 1896 - halaman 155), perkataan "Noi" ertinya:

Noi = keturunan, baka. (Bertulis Vietnam menggunakan tanda diakritik)
Ga Noi = Satu jenis khas orang ayam baka untuk tujuan berperang.
Tikus Noi (sepenuhnya Noi) = A baka tulen, tidak ada kacukan dengan jenis yang tidak diketahui

Vuong Hong Sen, seorang pengarang yang dihormati bercerita tentang sabung ayam pada tahun 1915 dalam bukunya "Phong Luu Cu Moi", yang diterbitkan pada tahun 1961, memberikan satu lagi takrif "Noi" sebagai:
Race
Garis nenek moyang
Satu keturunan membezakan
A kesucian direkodkan baka seseorang individu atau ketegangan
Dictionnaire Francais-ANNAMITE disediakan dan disunting oleh Gnibrel, JFM diterbitkan pada tahun 1898 juga memberikan definisi yang sama seperti di atas.

NOI ga merujuk kepada dua baka berasingan berjuang ayam. Mereka blueoftheday GA (pendek untuk ga Noi blueoftheday) dan Cua GA (pendek untuk ga Noi Cua).
Eka = memukul, sebat, sebat, membelasah.

Wednesday, August 27, 2014

Bakal pembaka - BRAZIL bloodline dan Si Putih THAI :)

 


Si Puteh dari baka Pakoi Thai dengan permainan kilas dan kap.
Si Brazil dengan permainan tembak dan tulang yang kasar dan tinggi.
Harap dapat melahirkan generasi yang mantap kelak..