Bau busuk di reban adalah masalah yang biasa di dengar.. Pada kali ini Admin ingin berkongsi tips yang admin terima pagi tadi, Secara kebetulan bapa admin mengajak ke tempat transit lembu sahabatnya.
Setiba di sana, admin diperkenalkan dengan lembu-lembu brahma yang dibawa masuk dari Australia. Ada diantara seberat hampir 1 tan dan dijual pada harga 14 ribu.. Besar punya lembu.
Sumber gambar dari internet.
Yang menghairankan kawasan peliharaan lembu kurang berbau. Jadi saya bertanyakan tips bagaimana bau najis lembu tersebut kurang berbau. Belian memberikan tips yang kawasan bawah tempat tinggal lembu tersebut adalah dari habuk kayu yang dicampur dengan kapur.
Ini adalah satu ilmu baru untuk admin hari ini. Mungkin admin akan cuba untuk mempraktikkan di reban sendiri.. Manalah tau hasilnya memberangsangkan.. :)
Bagi sahabat-sahabat breeder boleh mencuba tips ini jika mahu..
"Selamat mencuba.. "
Monday, September 1, 2014
Ubat batuk untuk ayam siam
Sejak akhir ni cuaca tidak menentu.
Kadang-kadang panas terik dan tiba-tiba hujan pula.
Anak ayam siam adalah beberapa ekor yang batuk selsema.
Admin pula kehabisan ubat. Sajer untuk mencuba ubat HURIX
sirap ubat batuk untuk diberi pada anak ayam yang selsema.
Pagi ni tengok macam dah ok lak anak ayam yang selsema tu..
Kepada rakan-rakan yang ada ayam selsema dan tiada stok
Saturday, August 30, 2014
Aktiviti Hujung Minggu.
Biasalah hujung minggu ni admin Ayam Siam Klang seperti biasalah membersikan reban.
Reban hendaklah sentiasa bersih kerana wap tahi ayam boleh menyebabkan jangkitan pada mata ayam sehingga menjadi bengkak.
Tapi kali ni adalah rezeki induk bertelur 3 biji. Biasanya telur induk muda ni tidak dieramkan. Ia dibersihkan dan di jual kepada pembuat jamu.
Adalah rezeki sedikit 0.70 sen sebiji, Seperti biasa air minuman hendaklah dibersihkan selalu dan di letakkan ubat pencegah penyakit. Jikalau tidak ayam akan mudah terkena selsema dan batuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)








